July 29, 2011

...Yang Kembali Bersambung 3

Rasa hendak berkongsi tentang arah mata angin la pulak. Harus diingat cara sebutan bukan macam biasa ya. Sbb loghat Kelantan ni, dia ada mcm sebutan tajwid gitu.hi2

Alik Naik - Arah Timur.
Ayat: Ghumoh saing dio tu alik naik ghumoh kito dih. (Rumah kawan dia tu terletak di sebelah timur rumah kita kan?)

Alik Jatuh - Arah Barat
Ayat: Oyat ko saing, nak smaye kiblat tu kot alik jatuh.ikut alah ko pintu pagar. ghumoh kito (Sila beritahu kawan awak yang arah kiblat adalah sama dengan dengan arah pintu pagar rumah)

Alik Hulu - Arah Utara
Ayat: Acu g turuk mok mu di alik hulu nun (Sila panggil balik ibu kamu yang sedang berada di rumah kawan dia di sebelah utara rumah kita)

Alik Hilir - Arah Selatan
Ayat: Orghe alik hilir sokmonyo janguk2 blaka ( Orang yang tinggal di sebelah selatan selalunya melawa).

Agak2 boleh adaptasi dalam kehidupan seharian tak?Hi2

Sutera Jingga: Dari mana la asalnya tutur kata yang sungguh indah ini ya?

2 comments: