July 28, 2011

...Yang Kembali Bersambung 2

Kali ini saya ingin berkongsi loghat Klate ttg perbuatan/pergerakan anggota badan :D

Senjoh-tarik dengan kuat menggunakan tangan.
Ayat: Acu try senjoh kuak teh. (Cuba tarik dengan kuat-kuat)
Situasi: Cthnya sedang mengait buah kelapa muda.

Kehey-tarik menggunakan tangan juga.
Ayat: Puoh doh kehey, tok leh jugok (Dah sehabis daya mencuba tapi tetap tak dapat)
Situasi: Cthnya cuba menghidupkan enjin kereta yang mati tanpa sebab dengan pelbagai cara.hi2

Sigung-menggunakan siku.
Ayat: Kene sigung ko bekok molek muko tu? (Muka bengkak kena hayun dek siku ke?)
Situasi: Cthnya sambil lalu bersebelahan, sambil kenakan siku kepada orang disebelah.

Tunja-sepak dengan kaki
Ayat: Nok keno tunja bekalih budak ni. (Nak kena penyepak agaknya budak ini)
Situasi: Cthnya apabila sedang bermain2 bersama tiba seorang buat hal, rasa marah dan rasa nak bagi penyepak.

Cukuplah dulu. Walaupun sikit:D

Sutera Jingga: Owh bestnya kalau dpt mendengar radio kelantan slot loghat kito tu.seronok sgt.mcm2 ilmu blh tambah...hi2...

2 comments: