October 21, 2011

Memanjakan diri

Dulu-dulu kalau rasa letih saya akan pergi salon kecantikan.
Saya buat rawatan muka.
Saya juga buat rawatan rambut.
Saya juga buat rawatan badan.
Itu dulu.

Kemudian, saya lupa tentang itu bertahun-tahun. Saya sibuk sambung belajar. Saya sibuk bekerja. Saya jadi tidak kisah tentang rupa paras saya. Tapi mujur masih ada yang memberitahu wajah saya nampak berseri-seri. Syukurlah.



Tapi kini, saya sedar wajah saya perlu sesuatu.
Saya mulakan semula rawatan wajah.
Saya pergi terutama ketika saya sangat penat.
Saya suka bila wajah dibelai lembut.
Saya suka bila bahu diurut lembut.
Sedar tak sedar sudah hampir dua tahun saya menjadi pengunjung salon itu.
Patut dapat diskaun banyak-banyak dari Wain Health & Beauty House ni.
Hihihihi.
Sesiapa yang rasa nak untung, sila berkunjung ke sana bulan ini.
Beli satu pakej rawatan, percuma satu pakej rawatan:D

Sutera Jingga: Kita harus memanjakan diri kita. Sebab diri kita adalah yang paling penting sekali. Tanpanya kita tidak mungkin mampu belajar, bekerja dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment