October 25, 2011

Yang kembali bersambung 8

Lamonyo dop tulih.

Buke takdop maso tp gak dok ralit kok laing dekpung.

Nyo nok ngadak mugo ni takut xleh wat mugo lain.

Kalu ngadap gak meme dokleh wat gapo satu la.

Pah ceghoh la dok belek-belek mugo ni:D

October 21, 2011

Memanjakan diri

Dulu-dulu kalau rasa letih saya akan pergi salon kecantikan.
Saya buat rawatan muka.
Saya juga buat rawatan rambut.
Saya juga buat rawatan badan.
Itu dulu.

Kemudian, saya lupa tentang itu bertahun-tahun. Saya sibuk sambung belajar. Saya sibuk bekerja. Saya jadi tidak kisah tentang rupa paras saya. Tapi mujur masih ada yang memberitahu wajah saya nampak berseri-seri. Syukurlah.



Tapi kini, saya sedar wajah saya perlu sesuatu.
Saya mulakan semula rawatan wajah.
Saya pergi terutama ketika saya sangat penat.
Saya suka bila wajah dibelai lembut.
Saya suka bila bahu diurut lembut.
Sedar tak sedar sudah hampir dua tahun saya menjadi pengunjung salon itu.
Patut dapat diskaun banyak-banyak dari Wain Health & Beauty House ni.
Hihihihi.
Sesiapa yang rasa nak untung, sila berkunjung ke sana bulan ini.
Beli satu pakej rawatan, percuma satu pakej rawatan:D

Sutera Jingga: Kita harus memanjakan diri kita. Sebab diri kita adalah yang paling penting sekali. Tanpanya kita tidak mungkin mampu belajar, bekerja dan sebagainya.

October 19, 2011

Yang Boleh 3...

Berat statik...
Apa-apapun saya sangat bersyukur sebab ada juga perbezaan pada ukur lilit:)
Amalan ini amat membantu saya dalam diet harian.
Anda pun boleh cuba juga.
Setiap pagi & malam, minum cuka epal + madu yang dicampur sedikit air kosong.




Pada masa yang sama, ambil juga "olive oil extra virgin" + madu supaya semasa turun naik berat badan kulit kita tetap terjaga.



Dan yang paling penting, minum air kosong sebanyak yang mungkin. Kerana air kosonglah yang membantu pembakaran lemak secara semulajadi dan penyingkiran toksin. Hebatkan ciptaan Allah Taala.



Semua amalan di atas tidak memerlukan kos yang banyak. yeyyyy...

* Gambar mestilah dari Mr Google:)

Sutera Jingga: Madu, cuka epal dan olive oil adalah amalan pemakanan Nabi Muhammad SAW. Banyak khasiatnya. Kalau rajin saya kongsikan di lain kali. Atau google sahaja:D

October 18, 2011

Cara Menggunakan Blush Pada Wajah Bulat

Muka saya bentuknya bulat.
Oleh itu saya perlu mengaplikasikan teknik-teknik make up yang bersesuaian.
Salah satunya ialah menggunakan blush dengan cara yang betul.



Tidak kira apa bentuk muka sekalipun, kita masih mempunyai 'epal' di pipi. Epal itulah yang menyerikan wajah kita apabila kita senyum.



Tengok cermin, senyum dan sapu pemerah pipi betul-betul di tengah-tengah 'epal' tersebut. Halakan ke telinga dan kembali ke 'epal' 'berulang alik' sehingga warna serata.

Atau boleh juga cuba cara ini. Sapukan pemerah pipi dalam bentuk segi tiga dimana titik segi tiga adalah 'epal' dan sapu ke arah telinga.

Boleh juga sapukan pemerah pipi didagu bagi menampakkan lagi ilusi 'memanjangkan' bentuk muka.

Jadi sila dapatkan mana-mana pemerah pipi di pasaran bagi menyerikan lagi wajah. Saya akan kongsikan 'the best blusher from women weekly' kemudian nanti ya.

Sutera Jingga: Kawan saya panggil epal dipipi saya sebagai tomato. Sebab katanya tengok pipi saya macam tomato.Hahahaha.Okaylah kan, tomato tu kan warnanya merah dan licin kan.hihihihihi...

October 17, 2011

ERT

Perempuan kini harus pandai menjaga diri
Jangan buta berkasih sayang
Sebelum berjanji lihat dulu kuasa membeli
Tak inginkah hidup senang?
Jejaka rayu gadis
Harapan indah dilukis
Mana dia jaminannya?

Bukan materialis
Kita hanya bersikap realis ekonomi rumahtangga
Panggillah apa pun gelaran
Pisau cukur mata duitan
Terpulang pada yang punya badan
Asal terjamin masa depan

Inilah ERT ini ekonomi
ERT Ekonomi
Zaman kini

Janji marah sekali jangan terima tanpa gerenti
Sesal dulu pendapatan
Lelaki pandai menyimpan
Perempuan pun mesti boleh
Buat dulu bersedia

Panggillah apa pun gelaran
Pisau cukur mata duitan
Terpulang pada yang punya badan
Asal terjamin masa depan

Hari ini hanya kau satu
Esok lusa siapa tahu
Mungkin engkau satu
Perempuan
Ambil dulu sebelum terlambat

Wajah kan hilang manis
Cinta suami kan terkikis
Memang itu resam dunia
Biar hati terguris jangan biar diri muflis
Kerna ringgit lebih setia


Korang selalu dengar radio masa dalam kereta tak? Saya jarang-jarang tapi akhir-akhir ini saya rajin pula. Tanpa sengaja terpeleoq ke stesen ni, X FM. Oleh sebab pilihan lagunya boleh tahan, boleh dikatakan hari-hari jugak la saya layan radio ini.Hihihihi.Pagi tadi dj mainkan lagu kat atas. Agak menarik, jadi saya kongsikan liriknya yang berjaya saya Google. Hahahaha. Oppss lupa pulak nyatakan penyanyinya. Farah Asyikin. Saya kenal? Saya tak kenal? Saya kurang pasti. Huhuhuhu. Apa-apapun saya nak belajar bagaimana memasukkan single playlist ke dalam blogspot:)


Sutera Jingga: Wahai jelitawan-jelitawan, jangan berikan semua, tinggalkan juga untuk diri sendiri walaupun tak sikit:D

October 14, 2011

Tupperware oh Tupperware



Pernah dengar kan jenama ini...
Produknya seiring temanya "simply good living solutions"

Tidak tahu tidak tahu kenapa hobi lama berulang semula.Huhuhuhuhu
Habislah saya kali ini:D



Sutera Jingga: Gambar ini tidak lain tidak bukan dari Mr Google juga...hihihi

Chiffon Kaftans

Orang kata perempuan tidak boleh lari dari gaya & fesyen:)

Berfesyen perlu duit yang banyak tapi bergaya tidak.

Jadi silalah bergaya ikut citarasa masing-masing.hihihihi.

Walau apa pun saya tidak tahu kenapa saya suka sangat fesyen kat bawah ini:D








Sutera Jingga: Gambar dari Mr Google;)