August 15, 2011

...Yang Boleh 2

Arghhhhhhhhhhhhh..........

Sangat2 tertekan. Penurunan berat badan tidak seperti yang diharapkan. Sepanjang bulan puasa cuma makan nasi dalam kuantiti yang sikit, itupun sekali sahaja masa berbuka. Bertemankan lauk & sayur yang dimasak dengan ringkas. Sekali minum soya. Sekali minum air kelapa. Sekali makan puding karamel. Itu sahaja. Tapi badan tidak menyusut seperti yang diidamkan. Apa yang tidak kena sebetulnya ni.

Seorang kawan memberitahu, mungkin sebab tidur kot yang mengganggu proses penurunan berat badan. Hmmmm....macam betul. Sbb saya suka tidur. Harus kurangkan tidur menjadi beberapa jam sahaja. Nak buat apa ya menggantikan tidur tu? Kemas rumah? Baca buku? Tulis blog? Blogwalking? Solat malam? Baca Quran? Bla..bla...tp harus ingat jugak. Jika kurang tidur maka mata akan jadi 'cantik secantiknya'.hu2...

uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.................

August 5, 2011

...Yang Kembali Bersambung 7

Semalam sempat mencatat beberapa patah perkataan yang hampir sama tp digunakan secara berbeza.

Hambak-Halau
Ayat: Acu hambak anak aye tu jauh-jauh gak (Cuba halau anak ayam itu jauh-jauh)

Hambak-Kejar
Ayat: Tok cekak doh hambak setmu ni (Letihnya mengejar korang ni).

Berambak-kejar-kejar
Ayat: Bo la main berambak nyo. Gelap gelemak doh ni. (Cukuplah main kejar-kejar dah malam ni)

Ungga-lari, berlari
Ayat: Derah molek set dio ungga satni (Laju sangat korang berlari tadi)

Sutera Jingga:D

August 3, 2011

...Yang Boleh 1

Ini cerita tentang diet. Yang saya mula sejak 16 Jun 2011. Tp saya rasa sangat2 tertekan sebab saya cuma turun sikit sahaja sehingga hari ini. Tp saya tahu la di mana silap saya itu…hahahahaha…

Untuk pengetahuan penurunan sangat cepat apabila saya minum air masak bergelen2..ekekeke….lepas tu saya agak malas nak kelek bekas air saya ke hulu ke hilir . Berat woooo…dahlah kadang2 meeting bukan di pejabat . Dahla kadang2 saya merayap ke sana ke mari. Masalahnya yang berat tu blhla beralah tp tang susah nak g pit stop tu tak boleh blah.hu2.

Tapi saya rasa gembira jugak walau berat turun sikit. Sbb 2 minggu lepas saya pergi beli baju baru, saiz yang muat adalah saiz yang lebih kecil dari biasa.Yeehaaa…hepi..hepi…

Apa yang saya buat ya? Hihihi…sejak tarikh saya kuatkuasa diet, saya tinggal terus ais/sebarang bentuk minuman sejuk. Saya tinggalkan kopi tp bila gilerrr kemaruk datang minum jugak tp sikit sgt & brp kali shj.hihihi. Kenapa blh tggl? Sbb utk sihat & cantik:D dan juga sbb saya rasa ais & kopi buat saya sakit. Dan saya tak boleh sengaja ambil pemangkin utk menjadi sakit sbb nnt kalau saya sakit sapa nak jaga saya.uwaaaaaaaaaaaa.....

Lagik satu utk kuatkan semangat elok jugaklah pergi buat random health checking. Ukur bmi, ukur lilit pinggang, tekanan darah, urinalisis,glukos darah & kolesterol darah. Dapat tahu status itu sedikit sebanyak beri kita kekuatan & semangat untuk capai target. Alhamdulillah kolesterol baik, ukur lilit pinggang ok, tekanan darah ok, urinalisis pun ok.…tang bmi & glukos darah paras yg perlu monitor. Sbb itu lah kena berdiet sungguh2 :D

Nanti kita sambung lagi kisah diet ini ya….

...Yang Kembali Bersambung 6

Sambung lagi perkataan yang sama tp guna dalam situasi berlainan:D

Kube-sepah
Ayat: Bakpo kube do’oh ni?(kenapa bersepah sangat ni?) Cth :Bilik yang berselerak.

Kube-Main air selut
Ayat: Ya Allah. Cema lote. Gi kube mano kenih. (Ya Allah. Comotnya. Main air kat lopak mana pulak ni?)Cth situasi main dalam lopak air yg keruh airnya.mcm kerbau tuuu…hihihihi

Kube-perangai tak elok
Ayat: Mung tok soh la saing nge dio. Napok kube jah. (Janganlah berkawan dengan dia ya. Perangai dia bukannya elok sangat)

Sutera Jingga: Kebosanan yang amat. Sampai rasa macam dah xde dah suku kata.ekekekeke.

...Yang Kembali Bersambung 5

Apa lagik ya perkataan….hmmmmmmmmmm…..
Kita cakap satu patah perkataan tp maksud mcm2 nak.

(Terlintas satu perkataan ni. Tp nak eja selak ke selok..adehhh…sebutan x serupa ejaan ni.hu2). Hentam saje la labu..........

Selok-kunci,tutup guna selak,penyelak
Ayat: Selok doh ko pitu luar nung (Dah kunci belum pintu ruang tamu)

Selok-pengsan
Ayat: Eh…acu kelih selok ko budak ni…(eh …cuba lihat budak ini pengsan atau tidak…..)

Selok-hulur tangan ke dalam lubang
Ayat: Weii..jange selok dale lube tu..ado ular lamo ko..iskkk tak takut teh (weiii jangan hulur tangan dalam lubang itu takut ada ular)

...Yang Kembali Bersambung 4

Kita sambung smula deh...

Degih-gerak,kesan
Ayat: Gagohnya dio, tok degih pung keno gocoh.(Gagahnya dia walau kena tumbuk bertalu-talu masih maintain macho)

Gocoh-tumbuk
Ayat: Nok keno gocoh ko aku baru nok kaba kalih.(Aku bagi penumbuk baru sedar agaknya)

Katok-pukul
Ayat: Acu katok kuak skit gak.supo x make nasi jah wak kejo. (Cuba pukul dengan kuat. Ini mcm org tak makan je gayanya)

Gode-pukul
Ayat: Nok keno gode ni.orghe oyat sir dengar.(Pukul kan.Org beritahu bukannya nak dengar)