July 29, 2011

...Yang Kembali Bersambung 3

Rasa hendak berkongsi tentang arah mata angin la pulak. Harus diingat cara sebutan bukan macam biasa ya. Sbb loghat Kelantan ni, dia ada mcm sebutan tajwid gitu.hi2

Alik Naik - Arah Timur.
Ayat: Ghumoh saing dio tu alik naik ghumoh kito dih. (Rumah kawan dia tu terletak di sebelah timur rumah kita kan?)

Alik Jatuh - Arah Barat
Ayat: Oyat ko saing, nak smaye kiblat tu kot alik jatuh.ikut alah ko pintu pagar. ghumoh kito (Sila beritahu kawan awak yang arah kiblat adalah sama dengan dengan arah pintu pagar rumah)

Alik Hulu - Arah Utara
Ayat: Acu g turuk mok mu di alik hulu nun (Sila panggil balik ibu kamu yang sedang berada di rumah kawan dia di sebelah utara rumah kita)

Alik Hilir - Arah Selatan
Ayat: Orghe alik hilir sokmonyo janguk2 blaka ( Orang yang tinggal di sebelah selatan selalunya melawa).

Agak2 boleh adaptasi dalam kehidupan seharian tak?Hi2

Sutera Jingga: Dari mana la asalnya tutur kata yang sungguh indah ini ya?

July 28, 2011

...Yang Kembali Bersambung 2

Kali ini saya ingin berkongsi loghat Klate ttg perbuatan/pergerakan anggota badan :D

Senjoh-tarik dengan kuat menggunakan tangan.
Ayat: Acu try senjoh kuak teh. (Cuba tarik dengan kuat-kuat)
Situasi: Cthnya sedang mengait buah kelapa muda.

Kehey-tarik menggunakan tangan juga.
Ayat: Puoh doh kehey, tok leh jugok (Dah sehabis daya mencuba tapi tetap tak dapat)
Situasi: Cthnya cuba menghidupkan enjin kereta yang mati tanpa sebab dengan pelbagai cara.hi2

Sigung-menggunakan siku.
Ayat: Kene sigung ko bekok molek muko tu? (Muka bengkak kena hayun dek siku ke?)
Situasi: Cthnya sambil lalu bersebelahan, sambil kenakan siku kepada orang disebelah.

Tunja-sepak dengan kaki
Ayat: Nok keno tunja bekalih budak ni. (Nak kena penyepak agaknya budak ini)
Situasi: Cthnya apabila sedang bermain2 bersama tiba seorang buat hal, rasa marah dan rasa nak bagi penyepak.

Cukuplah dulu. Walaupun sikit:D

Sutera Jingga: Owh bestnya kalau dpt mendengar radio kelantan slot loghat kito tu.seronok sgt.mcm2 ilmu blh tambah...hi2...

July 26, 2011

...Yang Kembali Bersambung 1

Begitu banyak patah-patah perkataan Kelantan ada dalam benak saya. Tapi tidak tahu mengapa macam susah untuk saya eja …tulis…gubah menjadi ayat-ayat yang indah...
berat juga kan cita-cita saya ni…hu2…

Loghat Kelantan byk menggunakan perkataan yang mempunyai maksud yang lebih kurang sama tetapi disesuaikan mengikut keadaan tertentu.

Pe’ka-layan.perihal melayan perangai yang ntah apa2.
Ayat: Tak cekak nok pe’ka wei nge set ni(tak larat nak melayan la budak2 ni).situasi bersama orang yang banyak cakap dsbnya.

Baso-layan.perihal melayan perangai juga.
Ayat: payoh baso la nyo budok nih(susah betul nak melayan budak ni)-lebih kepada cerewet.situasi macam nak makan ke, beli pakaian ke, dsbnya.

Pere’-perang.selalunya perihal perang mulut beserta perbuatan.
Ayat: Tak dok kejo laeng.Pere’ pah ceghoh (Takde keje lain.Asyik bergaduh aje)


Sutera Jingga: Kena banyak bergaul dengan orang tua supaya loghat tetap terpelihara & tertulis di sini.hi2

July 25, 2011

...Yang Kabur

Budak Kaca Mata: Hai.
Sutera Jingga: Hai.
Budak Kaca Mata: Apa yg blh sy bantu?
Sutera Jingga: Mata saya rs tak best dah sekarang ni.
Budak Kaca Mata: Jom kita cek detail.
.
.

.
.
Dah lama rs nya mata rasa kabur2 ni. Alhamdulillah, tiada masalah sebenarnya. BKM tu kata biasa la dh berumur ni (dia kata berumur???grrrrr...hehehehe...mcm x caya je kan. sedar2 umur dah byk jugak.ekekekeke)

So, knp mlsh tersebut terjadi? Salah satu faktor adalah stress. Stress? Betul ke? Mmmm...mulut blh menafikannya tp organ badan kita tidak dpat menafikan nya.hahahahaha..pandai2 la uruskan stress tu cara berhemah.hi2.

Byk jugak ilmu dpt bila visit opto ni ya. Mcm masuk sek men smula pun ada:D

Salah satu yg blh selalu di amalkan, pandanglah jauh2 utk beberapa saat (Maksudnya jgn menumpu terlampau pd satu2 bende). Patutlah mata saya jadi gini, kalau baca novel sehari semalam akan di abiskan jugak. Kalau tgk drama korea sehari semalam jugak akan habiskan semua episod.hu2. tobat2. tak mau dah amalkan ini.hu2

Sutera Jingga: Berbuat sesuatu biarlah berpada-pada

July 22, 2011

...Yang Ada

Lamanya tidak menulis disini. Walhal bukan tiada idea. Bukan juga tiada masa. Yang ada cuma perasaan MALAS yang sangat beraja dihati.

Sutera Jingga: Harus dibuang malas ini. Bagaimana? Boleh bantu? Sungguh sangat perlukan bantuan mengusir malas ini.